Assalamualaykum warahmatulllahi wabarakatuhu wamagfirohu ...
ayyuhass sohibattuhum......
alhamdulillah..di cin ana nak post pesan umi pda all banat in the house.. kisah ni ada dlam facebook.. umi kata shere lah dalam blog,insya'allah ana masukkan.. hanya utk peringatan buat banatnya spy memilih jalan yg halal dari yg haram insya'allah.. di samping itu umi ada cakap cerita ni sama macam kisah umi dulu,waktu masa zamn umi kecil, erm umi selalu cerita waktu zaman islam baru nak berkembang ...jadi dengarlah duhai ank-ank umi ..harap sudi baca..^__-
ayuh jom baca... Bissmillahirrahmanirrahim...~
Pada suatu hari, Saya bertanya kepada umi, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "umi jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..umi mengukir senyuman.
"Pilihan hati umi adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" umi diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya umi dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari umi sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." umi merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."umi menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." umi menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu
.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
umi menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..
Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" umi berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
"Kakak, umi dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu umi dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu umi tekad tak mahu layan sebab umi takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Umi sedar umi anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. umi nak belajar sungguh-sungguh. .lama bud
ak tu tunggu umi..Akhirnya umi bagi kata putus, umi hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami umi..
Dan dia memang bukan jodoh umi, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." umi merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada umi, semakin berminat dengan kisah lama umi..
"Umi memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah umi. Umi ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, umi tak pernah bagi peluang pada diri umi untuk mengisytiharkan perasaan tu..umi takut pada Allah.
Umi bukan seperti rakan sebaya umi yang lain.."Umi, seperti kakak.." umii memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Umi anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati umitertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, umi pelajar pertama yang bertudung.. Umi membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil umi dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan umi sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."umi melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung umi.
Ada getar di hujung suara umi. Kisah silam perjuangan umi di sekolah dahulu sikit-sikit umi ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti umi, umi menjadi tempat rujukan kawan-kawan umi.. Jadi, bila umi nak ambil sesuatu tindakan, umi kena fikir betul-betul sama da tindakan umi tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Umi ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau makmembalas cinta si lelaki tadi, bermakna umi sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." umi menelan air liurnya. Saya diam.
Fikiran saya sedang cuba memahami maksud umi saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita
jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada
sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.
Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas
jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak
akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh
cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple
mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita
berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah
tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang
kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan
dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya
kalah bila mendengar hujah umi. Umi meneruskan,
"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi
hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi
hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya
hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang
bukan milik dia.
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai
antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi
apabila kita mencintai saudara perempuan, kita
bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita
ada batas-batasnya.
Orang kafir kata batas-batas ini suatu
diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat
itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki
dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita
mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna
agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan l
ain, kita pula
dengan yang lain..
Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan
dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha
Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama
bekerjasama untuk mencari redha Allah..
Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan
untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang
awalnya." umi berhenti seketika.. Bukan luar
biasa...
Tentu kering tekak umi menerangkan kepada saya
persoalan hati ini
.
"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh
cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun
bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada
lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang
curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang
penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita
supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta
itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang
kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si
dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,
segala perkara yang kita cintai dan sayangi
termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..
Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,
beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita
benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.
."
"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita
sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu
untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh
memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri
dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-
kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam
hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa
tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa
sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta
dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza
dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah
pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,
sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta
dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..
Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang
pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "
Redha
"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan
untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak
mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau
yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau
dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang
ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap
insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing
-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat
mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna
dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil
kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si
lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..
Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. UMI menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan umi sangat-sangat kuat.
"umi dah didik anak umi dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak umi yang umi sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."
Umi mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...
*insya'llah ayuh sama-sama kita koreksi diri dan amik pengajaran dalam kisah ni..~^-
1 comment:
Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.
Post a Comment