29 December, 2009

Kisah Luqman Dan Telatah Manusia


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang.

Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata,

'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus daripada orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu.

Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula,

"Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya.

Kemudian orang ramai pula berkata lagi,

"Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,

"Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dinaikinya."


Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,

"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,

"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."


p/s: Susah bagi kita untuk memuaskan hati semua orang, sehingga ada saja kata-kata yang kurang enak didengari..tetapi insyaAllah dengan keikhlasan hati hanya kerana Allah, kita dapat menjadi insan yang kuat untuk menghadapi cabaran...Allah Maha Mengetahui...



Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua
..
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Akhirilah tahun 1430H dengan baik dan mulakanlah tahun 1431H dengan azam dan semangat yang baru demi kasih dan cinta kita kepada Allah S.W.T...Alhamdulillah ku bersyukur kepadaMU..Semoga kasih sayang Allah sentiasa bersama-samaku dalam mencari yang terbaik disisi Allah dan dalam mengejar "Nur", "Cahaya Petunjuk"

Syukur kepadaMU, Ya Allah kerana memberi pelbagai nikmat kepadaku sehingga ke hari ini, Ya Allah..bantulah diriku ini menjadi hambaMU yang benar-benar bersyukur dan ikhlas, bantulah diriku menjadi hambaMU yang taat perintahMU, bantulah diriku menjadi anak yag solehah,penyejuk hati ibu dan ayah, jauhkanlah diriku daripada terpedaya dengan hasutan dan godaan syaitan durjana, bantulah aku dan keluargaku dalam mencari yang terbaik di sisiMU,aku sentiasa menagih kasih sayangMU,Ya Allah..menagih kasih sayangMU yang tiada tolok bandingnya..temukanlah aku dengan cinta yang membawa aku cinta kepadaMU, Tuhan ku yang SATU..Sesungguhnya hanya cinta kepadaMU adalah cinta yang kekal dan abadi dan Sesungguhnya Engkau lah Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Berilah aku sekeluarga kebahagiaan di dunia dan di akhirat..Aminn..

Doa Akhir Tahun dibawah ini, dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Dan Doa Awal Tahun di bawah ini, dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


InsyaAllah..sama-samalah kita beramal..


Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

22 December, 2009

HATI...+__+

Hati,
kau perlu TABAH
menempuh DUGAAN hidup,
sepertimana tabahnya YASIR jua SUMAYYAH,
tabah mengharungi ujian,
demi keTAUHIDan mereka kepada Illah.

Hati,
kau perlu SABAR,
dalam TRIBULASI KEHIDUPAN DUNIA,
sepertimana sabarnya Nabi Allah YUSUF,
yang sabar dalam tiap fitnah yang datang kepadanya,
dan diakhiri dengan kemenangan.

Hati,
kau perlu ISTIQAMAH,
dalam setiap IBADAH,
dalam setiap langkah,
sepertimana istiqamahnya RABIATUL ADAWIYAH,
dalam ibadahnya, malahan bertambah-tambah,
hingga ia benar-benar menjadi al-'abd yang sempurna.

Hati,
kau perlu tetap MENCARI,
mencari CINTA,
sepertimana AINUL MARDHIAH,
yang mendapat cinta,
cinta abadi, diSYURGA yang hakiki..



Hati,
jangan mengeluh,
biar kau penat disini,
biar kau mengalah disini,
asal kau berjaya disana

INNAMAL YUSRI YUSRA
bersama kesenangan itu ada kesudahannya..





Jenis-jenis hati


Hm, antum tahu hati ada berapa jenis?? Yang tau sama-sama kita kongsi, yang tak tau, meh kita kaji sama-sama =) Ok, hati ni ada 3 jenis, iaitu hati yang sahih (Qalbun Shahih), hati yang sakit (Qalbun Maridh), hati yang mati (Qalbun Mayyit).

Hati yang sahih (Qalbun Shahih)
.

Hati yang sahih adalah hati yang suci. Ia bertindak menentang nafsu dan segala larangan Allah. Walaupun dosa yang kecil, hati ni akan tetap memprotesnya..
Hati yang sahih ini kita boleh ibaratkan seperti air yang jernih, dan jika kita meletkakkan apa-apa kedalamnya, ia boleh dilihat terang.

Hati yang sakit (Qalbun Maridh)

Hati yang sakit ni pula, boleh dikatakan tak tetap la. Ia kadang-kadang cenderung kepada kebaikan dan kadang pula, ia cenderung kepada kemungkaran.Hati jenis ini juga, boleh membawa kita kepada jalan kebaikan dan ia juga boleh membawa kejalan kehancuran. Berhati-hatilah.
Qalbun Maridh boleh diumpamkan air teh, dimana apabila kita meletakkan sesuatu kedalamnya, samar-samar untuk kita melihatnya.

Hati Yang Mati (Qalbun Mayyit)

Qalbun Mayyit yakni hati yang mati merupakan hati yang tidak berfungsi apa-apa. (bukan dari segi sains la.. kalau mengikut sains, hati mati bermakna, insan yang punya hati tu juga turut mati =D) Hati ni ia tidak mengira apakah perkara yang dilakukan akan mendatangkan kebencian dan kemurkaan Allah. Ia menyanjung nafsunya lebih dari yang lain, tidak mengira apa-apa. Ia menjadikan nafsunya sebagai gurunya dan ia tidak dapat melihat yang benar atau tidak.
Ia boleh diumpamakan air kopi didalam gelas, apapun yang kita masukkan kedalamnya, tetap tidak boleh nampak.

Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.”

(Surah al-Zumar ayat 22)


Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

*Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

*Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.


"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru..."

02 December, 2009

Beratnya Dugaan, La Tahzan.......


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


“... Jangan kamu bersedih kerana sesungguhnya Allah bersama kita...”
(Surah At-Taubah 9, Ayat 40).

Sedikit luahan rasa yang terbuku di dalam hati ana sejak dua menjak ni. Hemmm, hidup ni memang terlalu banyak dugaan dan memerlukan banyak pengorbanan. Ana selalu mengingatkan diri ana untuk sentiasa sabar menghadapi apa jua dugaan yang mendatang dan ikhlaskannya kerana Allah, ana berpegang teguh pada janji Allah s.w.t bahawa Dia tidak akan memberi ujian kepada hambaNya sekiranya hambaNya tak mampu untuk menghadapinya. Maksudnya, setiap ujian yang datang itu pasti mampu aku hadapi, cuma bagaimana caranya saja.. Sebab tu lah, apa sahaja dugaan yang datang pasti ada hikmah disebaliknya dan ana kena sabar menghadapinya. Seringkali ana nasihatkan sahabat ana tentang perkara seumpama ni namun terkadang ana sendiri yang hampir mengalah dan berputus asa dengan pelbagai ujian yang mendatang. Tapi... apabila ana bermuhasabah, ana menjadi semakin yakin dan ana redha dengan segala ujian yang datang. InsyaAllah... Segala-galanya ada sebabnya yang tersendiri yang ana sendiri tak tahu apa sebabnya, hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya. Apa yang mampu ana lakukan adalah sentiasa berdoa, berusaha, selebihnya menyerahkan segala-galanya kepadaNya yakni bertawakal kepadaNya.

Jika ditimpa pelbagai ujian dan dugaan, aku lebih senang memendamkannya di dalam hati dan mengadu kepada Sang Pencipta. Tetapi kadang-kadang ada masanya, ana juga akan berkongsi rasa bersama keluarga atau sahabat baik ana, namun ianya hanyalah antara 20%-40% daripada apa yang aku rasa dan terlalu jarang aku lakukannya kerana sebenarnya aku adalah seorang yang amat perahsia dan tidak ingin menyusahkan sesiapa atas apa yang menimpa ana, hanya kepada Ilahi ana yakin untuk meluahkan 100% apa yang ana rasa. Berat rasanya ujian yang datang kali ini, lebih-lebih lagi ia berlaku pada musim peperiksaan ni. Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menempuhinya dan teguhkanlah hatiku untuk melawannya, semoga aku akan berpegang teguh kepada prinsipku dan mengikut syariatMu.. Jauhkanlah aku daripada perkara-perkara yang tidak elok, sesungguhnya aku berlindung sepenuhnya hanya kepadaMu. Aku tahu Engkau sentiasa bersamaku, tabahkanlah aku Ya Rahman Ya Rahim, hanya kepadaMu aku sembah dan hanya kepadaMu aku memohon pertolongan, sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah yang tak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa adik beradikku, dosa keluargaku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku, dan dosa seluruh umat Islam yang lain..


Sedikit semangat untuk diri ana sendiri dan juga sesiapa yang sedang menghadapi dugaan atau cabaran, semuanya berdasarkan Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah panduan kita yang terbaik, segala-galanya ada di dalam Al-Quran, betapa indahnya Al-Quran itu. Semuanya terletak pada diri kita sendiri untuk mendalaminya.


KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?
AL-QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut, Ayat 2-3)

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
AL-QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia

amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 216)

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
AL-QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 286)

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?
AL-QURAN MENJAWAB
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran, Ayat 139)

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA LAGI: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah, Ayat 45)

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
AL-QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… “
(Surah At-Taubah, Ayat 111)


KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
AL-QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah, Ayat 129)

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
AL-QURAN MENJAWAB
"… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf, Ayat 87)

Wallahu’alam..

29 November, 2009

~ Halaqoh Cinta ~


Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita tidak sabar-sabar dating dalam halaqoh,
Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi,
Di bawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang,
tanpa takut atau bimbang,
Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah kalamullah,
Jika pesangan kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu,
Kita berkasih atas landasan ukhuwahfillah, bebas dari dorongan nafsu semata,
Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa saja kemahuan kekasihnya, Kita pula sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Maha Pencipta
Jika sepasang kekasih saling menjaga hati,
Kita sentiasa saling menjaga akhak dan pekerti sesama,
saling menasihati agar semakin berkualiti,
Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini ALLAH yang punya,
Jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta, keluarga dan maruah demi cinta,
Kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agungNYA,
dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya!

27 November, 2009

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

"Tetamu ALLAH"



Seramai 26,000 jemaah haji Malaysia akan memulakan ‘pengembaraan’ mereka bersama jutaan umat Islam di seluruh dunia bagi mengerjakan rukun Islam kelima tahun ini.

Sebagai tetamu Allah, ia adalah satu perjalanan yang begitu hebat. Di sana umat Islam tanpa mengira pangkat, kedudukan dan status akan bersama-sama memulakan ‘misi’ penting melakukan satu persatu ibadat tertentu bagi membuktikan mereka hamba yang kerdil kepada pencipta-Nya.


Firman Allah swt yang bermaksud, “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).”


Keberangkatan ke Tanah Suci sudah pasti memberi keinsafan tersendiri apatah lagi bagi jemaah yang mungkin pengalaman pertama.
Selama 44 hari di tanah suci pelbagai pengorbanan perlu dilalui tetamu Allah termasuk wang ringgit, meninggalkan keluarga, pekerjaan selain memastikan kesihatan di tahap terbaik. Dengan iringan doa, setiap tetamu 'jemputan' Allah ini berharap mereka dapat menunaikan ibadat wajib berkenaan dengan sempurna dan pulang dengan haji mabrur.

Mengikut sejarah awal, ibadat haji ini dibawa junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w sebagai satu usaha menyambung ajaran Nabi Ibrahim as. Mengerjakan haji ini mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah.


Allah berfirman yang bermaksud, “Dan Allah swt mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk.”

Pada permulaan ibadat itu, Rasulullah saw bersama kira-kira 1,500 umat Islam berangkat ke Makkah tetapi gagal mengerjakannya kerana dihalang kaum Quraisy sehingga termeterai Perjanjian Hudaibiah yang membuka jalan bagi mengembangkan Islam.
Selepas perjanjian itu, pada tahun berikutnya, tahun ke-7 Hijrah, 2,000 umat Islam mengerjakan umrah bersama-sama Nabi Muhamad s.a.w.

Namun, haji yang sempurna hanya dapat dilakukan pada tahun ke-9 Hijrah apabila Rasulullah saw mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengepalai 300 umat Islam mengerjakan haji.
Sepanjang hayat Nabi Muhammad saw, baginda menunaikan fardhu haji sekali saja. Haji itu dinamakan ‘Hijjatul Wada’, Hijjatul Balagh dan Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji berkenaan baginda wafat.

Rasulullah berangkat ke Madinah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat seramai lebih 90,000 orang.
Baginda melakukan amalan seperti sunat ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali iaitu 10km dari Madinah. Rasulullah sampai di Makkah pada 4 Zulhijjah selepas melakukan perjalanan selama 9 hari.

Kemudian baginda berangkat ke Mina pada 8 Zulhijjah dan bermalam di situ.
Pada 9 Zulhijjah Rasulullah berwukuf di Arafah yang pada hari itu jatuh pada hari Jumaat dan merayakan Aidiladha di sana. Rasulullah saw menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Pada hari terakhir pada 14 Zulhijjah, baginda meninggalkan Makkah pulang ke Madinah

25 November, 2009

BUAT GADIS YANG BERNIQOB.....

Salam'alaykum sahabat-sahabat sedaie fisabillah.. Alhamdulillah, tidak dpat terkiranya syukur buat Rabbul Jalil yang tidak pernah bosan menghidupkan hambaNya selepas terlena mati seketika, bagi hamba yang harus meneruskan perjuangan.. Disini ana repost semula artikel usai sahaja ana baca dari blog friendster seorang sahibah, yang dirasakan amat bermakna bagi mereka yang mahukan hidayah Ilahi, insyaAllah,moga dapat manfaat...

Salam kemaafan ku hulurkan buatmu sahabatku gadis berniqab, andai kata coretanku selepas ini bakal menghiris hatimu. Tiada apa yang dapat ku lafazkan lagi melainkan aku amat menyayangimu sahabatku kerana kau sahabat seakidah di jalan dakwah juga kerana kecekalan imanmu mempertahankan niqab sebagai pakaian yang melambangkan ketinggian peribadimu.

Sahabatku yang dirahmati Allah..

Sungguh aku amat berbangga denganmu. Penampilanmu yang sopan membuatkan kau dihormati di mata masyarakat yang memahami tuntutan berpurdah.

Tapi sahabatku..

Tiada manusia yang benar-benar sempurna melainkan junjungan kita, Rasulullah s.a.w. Terkadang kita terlupa, dan menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk saling mengingati saudaranya agar tidak terus hanyut.

Aku tidak menyalahkan dirimu kerana niqab, sahabatku. Aku juga pernah terlalai dan alhamdulillah, diri yang kerdil ini telah ditegur oleh seorang sahabat berhati mulia, yang tidak mahu hati ini terus dimamah dosa, juga kerana sayangkan agamanya. Diri ini terasa sangat malu apabila ditegur oleh seorang ikhwan yang tidak dikenali, tapi akhirnya diri ini memandang teguran itu sebagai satu kritikan yang membina. Jazakallah di atas teguranmu sahabat, semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu.

Bukan sahabatku…

Bukan kerana niqab, tapi semuanya bertitik tolak dari diri kita sendiri.. Jauh dari lubuk hati kita yang paling dalam. Tanya imanmu sahabatku, apa tujuan kita berniqab? Sudah tentu untuk melindungi wajahmu dari pandangan mata yang bakal mengundang nafsu. Jadi, apa tujuanmu mempamerkan gambarmu yang berniqab di laman sosial ( friendster, myspace, facebook etc.)?

Apakah untuk tujuan berdakwah?

Sahabatku…

Matlamat tidak menghalalkan cara. Banyak lagi cara untuk kita meyampaikan dakwah tetapi bukan dengan cara ini. Biarpun memang ada hati yang insaf tatkala melihat dirimu yang tampak sopan menghijab diri, tapi dapatkah dipastikan bahawa mata yang melihat dirimu itu semuanya mata-mata muslimah? Apakah tiada mata-mata lelaki ajnabi yang memandangmu walaupun sudah lengkap terhijab dengan niqab?

Ya..

Mungkin ada yang berkata. “Ah! Tak apalah. Muka dah tak nampak. Semua dah bertutup. Takkan nak timbul nafsu juga…”

Dari kerana mata…

sawad

Tahukah kamu sahabatku yang disayangi…

Lelaki itu tinggi imaginasinya. Walau hanya dengan melihat fotomu yang berniqab, tapi akal mereka masih mampu meneroka setiap inci dirimu. Memang benar sahabatku. Melalui fotomu, dapat dilihat kurus atau berisinya dirimu, tinggi atau rendahnya, malah melalui sebahagian kecil matamu yang kelihatan sudah cukup mampu menggambarkan kecantikan wajahmu, sahabatku.

Biar sehebat mana iman seseorang lelaki itu, biar setinggi mana ilmu agama yang mereka pelajari, namun itu bukanlah jaminan sempurnanya kekuatan iman seseorang itu. Rambut saja sama hitam, tetapi hati lain-lain. Kita tidak dapat menduga apa yang ada di dalam hati mereka. Mata yang melihat sudah tentu akan mendorong akal untuk berfikir tentang foto perempuan berniqab yang dilihatnya. Akal yang berfikir sudah tentu akan didorong nafsu untuk membayangkan rupamu lebih jauh lagi. Mungkin bukan semua, tetapi itulah kemungkinan yang bakal terjadi andai kita tidak menjaga diri.

“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.” (HR Bukhari).
Rujukan:Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.

‘Mawar berduri’ vs ‘Mawar yang rugi’

mawar sepi

Sahabatku…

Andai kau merasakan dirimu mawar berduri, buktikan!! Bukan dengan pembuktian dengan meng’upload’ foto wajahmu yang berniqab, melambangkan dirimu seolah-olah ‘mawar berduri’. Tetapi dengan cara menghentikan ‘upload’ fotomu itu. Engkau tidak rugi sahabatku. Malah engkaulah orang yang beruntung, kerana dirimu terhindar dari pandangan mata ajnabi yang melihat, dan akal mereka yang berfikir. Dirimu juga terhindar dari dosa membiarkan ajnabi berfikir dan membayangi rupamu. Dan sekaligus menyelamatkan lelaki ajnabi dari dosa melihatmu dan membayangi rupamu. Juga engkau telah menyediakan dirimu suci-sesuci sucinya untuk seseorang yang lebih berhak lagi halal bagimu. Ingat sahabatku gadis berniqab, dirimu sudah menjadi maqam qudwah buat masyarakat di luar sana. Justeru itu, elakkan segala perkara yang bakal mengundang fitnah buat kita, para niqabi.

Wanita itu fitnah

Sahabat yang ku sayangi fillah…

Menjadi wanita itu sendiri adalah fitnah. Segala tindak tanduk kita, andai tidak dikawal dan dijaga, bakal meletakkan diri kita di dalam fitnah lebih-lebih lagi kepada muslimah pembawa agama. Ini bukan satu kekangan yang mengongkong kita, bukan juga satu diskriminasi buat kita, tetapi pandanglah ia sebagai satu penghormatan buat kita, muslimah pendukung agama. Mungkin bagimu, isu sebegini hanya satu perkara remeh, tetapi ingat para niqabi… Jika dibiarkan berlarutan, kesannya pasti akan mengundang mudarat yang lebih besar. Masyarakat di luar sana pasti akan berkata tentangmu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana seorang dua di kalangan kita yang buat perangai, habis semua gadis berniqab yang akan terkena tempiasnya.

Dan jangan sesekali salahkan lelaki itu jika mereka memulakan langkah untuk mengorat. Jika kita terus-terusan menyalahkan mereka, itu suatu perkara yang tidak adil. Sedangkan siapa yang membuka peluang untuk mereka kalau bukan kita? Kita sendirilah yang menyediakan diri untuk fitnah itu, sahabatku…

Sahabatku, teman seiman…

Maafkan diriku sekali lagi wahai sahabat. Aku tahu, aku bukanlah orang yang layak untuk menegur kalian, namun aku tidak sampai hati membiarkanmu terus-terusan begini, sedangkan aku sendiri sudah tahu danperkara sebegini tidak layak terjadi pada diri kalian. Aku terpaksa berkata benar biarpun ia pahit. Aku tidak memaksa kalian untuk mengikut pendapatku, tetapi, jentiklah akalmu, tanya imanmu. Mati itu pasti cuma tidak pasti bilakan terjadi dan semoga penamat kehidupan ini disudahi dengan husnul khotimah. Juga aku tidak mahu sendirian dalam mengejar redha Ilahi, aku ingin kita bersama-sama dalam memperbetulkan diri. Biarlah kita bersama-sama saling melengkapi sahabatku. Sungguh aku amat mengertinya, kerana aku sebahagian dari kamu semua, para niqabi… Semoga kita tidak terhijab dari menerima hidayah dan taufiqNya.

Salam sesuci titis qatrunnada, buatmu gadis solehah, yang maharnya iman dan taqwa, lalu dihiasi tulusnya cinta. Buatmu puteri, ku doakan untaian mutiara solehah mengalungimu…

2_944523980l.jpg


14 November, 2009

WANITA DAN DUNIA!

Diseluruh pelosok negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dan pelbagai bentuk pula. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi semakin menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara islam yang mampu mengelak.
Sebagai comtoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga diri dengan menutup aurat, sekarang Masyaallah! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan peha, punggung dan dada. Kita gagal dan sama sekali gagal. Tahukah apa sebabnya? Sebabnya ialah hari ini kita belim menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya.

Wahai temanku,
Pintu pemulihan ada di hadapanmu.. Kunci pintu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
Benar wahai sahabatku, kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, tanpa kerelaanmu dan kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu untuknya.
Engkau berkata kepada pencuri "silakan masuk". Setelah engkau kecurian barulah engkau sedar.. ketika itu barulah engkau berteriak :" tolong..tolong....aku kecurian:. Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari sebagaimana larinya kambing daripada serigala. Sekiranya engkau sedar lelaki itu pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa berwaspada.
Jika yang dikehendaki oleh serugala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diingini lelaki oleh lelaki lebih sekadar itu. Lelaki inginkan lebih sekadar kambing.... dan bagimu lebih buruk dari kematian kambing. Lelaki inginkan yang paling berharga darimu..iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan dari kematian seekor kambing.

Wahai karibku... Demi Allah apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang di hadapannya tanpa pakaian. Demi Allah, jangan percaya kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adabmu, berbicara dengan seperti kawan dan mencintaimu sepenuh hati... Bohong..bohong... Demi Allah dia bohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri. tidak ada pemuda melontarkan senyuman kepadamu, berbicara denganmu, memberi bantuan kepadamu kecuali ada maksud tertentu...setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal ..
Apakah kesudahannya? Renungkanlah

10 November, 2009

Sujud Cinta Seorang Hamba



Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu

Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha
Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu
Yang Maha Mengasihani

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari

Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu

Iman itu Indah..

Aku wanita punya hati
yang seringkali merasa,
punya akal yang seringkali berfikir
tentang kekuasaan ALLAH,
tentang kewujudan malam dan siang
juga tentang kehidupan dan kematian
yang akan bertandang buat setiap insan.

Selepas menunaikan solat asar
aku membasahkan bibir
dengan kalimah-kalimah yang indah
datangnya dari ALLAH.
Aku alunkan dengan penuh syahdu…
“subhanallah walhamdulillah walailahaillallah allahuakbar”

Tiba-tiba air jernih menitis laju
tanpa aku sedari,
buat kali pertama aku merasakan
hatiku sungguh pilu dan sebak.

Tiada tempat hendak meminta,
merayu melainkan kepadanya
lantas seperti adanya belaian lembut
yang menenangkan diriku,
kewujudannya amat terasa,
ya ALLAH nur mu aku dambakan
agar terus mekar di hati ini.

Hebatnya kuasa ALLAH
mengalahkan kehebatan cinta manusia,
dulu aku sering leka dengan mainan duniawi,
sekarang dengan adanya engkau disisi,
aku menjadi semakin berhati-hati.

Dulu aku berteman dengan manusia
dan melupakanmu seketika,
namun apa yang aku dapat
dengan berbuat begitu?
Hanya dosa.. dosa mencariku,
aku merelakannya datang.

Dulu gossip hangat menjadi bualan,
kekurangan manusia menjadi bahan permainan,
kesilapan manusia menjadi ukuran.

Kini semua itu akan berlalu,
tinggalkan lah aku jauh wahai dosa,
datang lah menjemputku wahai pahala.
Aku menanti dengan hati yang suci dan terbuka.

Semakin aku mengerti akan kehidupan ini,
semakin banyak rintangan yang datang silih berganti.
Andai aku turuti kata hati
sudah lama aku hanyut dalam arus hidup ini.

Denganmu aku semakin kuat mengharunginya,
dengan mu aku semakin tabah
dan redha menerima segalanya,
dengan mu juga aku semakin matang
dalam menilai kamus hidup manusia.

Ya ALLAH hambamu ini memerlukanmu
sentiasalah mendampingiku
agar aku tidak lalai
dan taksub dengan mainan duniawi.

05 November, 2009

BuatMu MUJAHID!!!


Buatmu mujahid......
Ku biarkan rinduku bermukim,
Tidakku biarkan lagi resahku bermusim,
Ku biarkan ingatanku meruntun,
Tidakku biarkan lagi pengharapanku
beralun.

Biarkan rinduku seringkali menggamit,
Ingatanku padamu akan tergaris,
Bila resahku mendesah,
Jawapanmu tidak lagi keluh kesah,
Cinta yang bertandang jua impian yang
mendatang,
Keraguanku takkan lagi menjadi
penghalang.

Untuk seketika biarku simpan rinduku
disudut kalbu,
Untuk sementara biarku pendam cintaku
disegenap sukma,
Cintaku satu perasaan yang tidak dapat
dipelajari tetapi dialami,
Cintaku ini hanyalah secebis dari erti
kehidupan,
Uniknya cinta kerana ia menjelmakan
kasih sayang yang teragung dan suci,
Ku percaya manusia membina sahsiah
diri di muka bumi
Bermodalkan kasih sayang dan cinta.

Walau air mataku mengalir tidak henti,
Sederas air sungai tika musim
tengkujuh,
Namun ku yakin, perlahan-lahan duka
dan sedih itukan berlalu pergi,
Hatiku bak pohon semalu disentuh terus
menguncup layu,
Hatiku jua bagai kaca bila diketuk
retaknya ke seluruh sudut,
Hati…..berlagulah hanya dalam sepi,
Tabahlah menanggung beban duka
sendiri.

Janji dan azamku….
Kanku perbataskan perbuatanku,
Kanku singkatkan perbualanku,
Kanku sukat gerak dan gayaku,
Kanku pelihara kesucian dan maruah
diriku,
Tidakkanku terlalu murah senyumanku
dengan mana-mana lelaki ajnabi.

Kernaku tahu juaku mengerti.
Wanita solehah itu dipandang dari
peribadinya,
Dilihat dari akhlaknya,
Ditinjau dari lemah-lembutnya,
Ditafsirkan dari susunan kata-katanya,
Kegagahan wanita berdiri di atas teguh
imannya,
Dari sini wanita jua diriku diketahui
segalanya.

Pandanglah kataku,
Renunglah dengan mata hatimu
setulusnya,
Selamilah dasar hatiku berbisiklah
pada dirimu,
Ambillah mutiara kata yang baik buat
teladan,
Tinggalkan kata-kataku yang menyimpang
dari landasan kebenaran.

Seperti katamu yang kusemat dihatiku,
Hati ini milik-Nya,
Cinta ini kerana-Nya,
Hidup ini semestinya untuk-Nya.

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
dan pandangan hatilah yang hakiki,
Ketika iman sudah menghias hati,
dan kemanisannya mula dikecapi,
Semua ujian tidak akan menggugat diri,
Kesuyian…kesedihan dan kekecewaan akan
berganti,
dengan keyakinan dan kesyukuran.

Jika tidakku perhati hikmahnya dengan
mata hati,
Jika tidakku zuhud dalam pencarian
cintaku,
Jika tidakku teguh mengukir senyum
buat pengubat kerunsingan,
Jika tidakku seikhlas jiwa semurni
sanubari memohon keampunan-Nya,
Jika tidakku titiskan air mata
keinsafan,
Jika tidakku renung dan resapkan
keyakinanku pada-Nya,
Jika tidakku pasrah dengan ketentuan-
Nya,
Mana mungkin ku dambakan kasih-Nya
dalam iman…?
Bagaimana pula bolehku harap redha
dari-Nya…?

Dedikasiku untuk muslimah...


Muslimah hari esok....

Muslimah yg dikasihi...
peliharalah auratmu walau dimana pun kau berada dan jgn biarkan auratmu menjadi tatapan lelaki yg bukan mahrammu..

Muslimah yg dikasihi...
peliharalah solatmu,tundukkan pndgn matamu dihadapan lelaki yg bukan milikmu dan jangan kau mudah terpedaya dgn kata2 manis lelaki krn itu semua adalah pujuk rayu syaitan.Kelak engkaulah yg bertuah ketika menjadi tetamu Allah,moga-moga dirimu dismbut pnuh ksih oleh Bidadari syurga Ainul Mardhiah..

Muslimah yg dikasihi..
Berakhlaklah dgn panduan dr Rasulmu,contohi dan ikuti pasti engkau bahagia.Sejuk mata memandang berchaya dunia dgn hiasan muslimah solehaha sepertimu

Muslimah yg dikasihi...
Jadikanlah drimu spt permata yg berharga dicelahan kaca,ikuti perintah agama jauhi larangannya,Al quran menjadi panduanmu dan Hadith menjadi sumber rujukanmu

Muslimah yg dikasihi...
Jngan biarkan drimu hanyut dgn hnyut dgn arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada,renungi masa dpnmu,tetapkan iman dihatimu,moga ia menjadi perisai buat drimu..

Muslimah yg dikasihi..
Nilai cintamu hnya untuk Allah yg satu...kasihi Tuhanmu..redhalah islam menjadi agamamu..pasti tiada kecewa buatmu sygku..kelak suatu hri ada insan yg menantimu berkat kasihmu hnya untuk Allah yg Esa..Pasti itulah insan ygmenjadi cintamu didunia wasilah dri Allah..moga bertmbahlah redha Allah pdmu..melimpah ksihNYA pdmu krn engkau meletak kshmu pdNya dahulu sblm cinta pd kekasih yg menjadi pilihan hatimu......

25 October, 2009

perangi hawa nafsu



Setiap orang memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. Dengan ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan binasa.
"Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan," 19:59.

Sebagian orang bijak berkata, “Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya” [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]

Terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

Hawa nafsu musuh utama manusia perlu dilawan tetapi melawannya bukan perkara yang mudah. Maka jihad melawan hawa nafsu lebih utama daripada jihad lain.

Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan: Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Inilah golongan orang kafir dan orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka. Golongan yang berjihad melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah. Golongan maksum (terpelihara dari dosa) iaitu para nabi dan rasul. Nabi dan rasul adalah mereka yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sebagai penyampai risalah Allah kepada seluruh manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”
Para sahabat nabi ketika pulang dari berperang dengan orang-orang kafir sering berkata, "kami telah kembali dari jihad terkecil menuju ke jihad terbesar!".

Demikian ini disebabkan melawan hawa nafsu dan syaitan berlaku pada setiap masa, sementara berperang dengan orang kafir jarang sekali. Dengan demikian, upaya melawan hawa nafsu adalah sangat mulia bahkan melebihi jihad berperang. Beratnya melawan hawa nafsu itu sendiri diakui oleh para sahabat nabi.

Bahkan Nabi Sulaiman a.s. pun pernah bersabda : "Sungguh, upaya mengalahkan hawa nafsu lebih berat ketimbang menaklukkan sebuah kota!" [Al-Ghazali, Mukasyah al-Qulub, h.15]


Semoga latihan memerangi nafsu pada bulan Ramadhan diteruskan untuk bulan-bulan seterusnya. InsyaAllah

24 October, 2009

warkah warkah

Bismillahirrahmannirrahim..
ya allah..
sudah lama aku teringin untuk menulis warkah cintaku kpd MU
hanya Kau yang Maha mengetahui hati ini..
aku tidak tahu..
adakah aku ditipu?
aku memang telah tertipu dgn dunia yang fana ini..
biarpun sebanyak mana hatiku menukilkan madah
tidak akan sesekali habis kalimah MU
aku keliru memilih panduan hidup ku sendiri
mungkin suatu hari nanti engkau akan menunjukkan
sesuatu yang lebih awal buatku ya allah

ya allah..
kenapa sejak akhir-akhir ini aku menjadi semakin buntu..
fikiranku bercelaru..
aku rasa kehilangan identitiku sendiri..
aku rasa kekosongan pada jiwa ku..
ya allah..
aku semakin tewas dengan dunia ini..
aku tidak dapat membezakan yang manakah yang fardhu
dan manakah yang harus..

ya allah..
manusia tidak mampu memahami diriku ini..
hanya Engkau saja..
ya allah..
aku pasrah..tapi aku tidak mahu tewas pada kelemahan diriku sendiri..
aku memerlukan ilham dariMu..
hatiku butuhkan sesuatu..
ya allah..
aku tidak mampu mengharunginya seorang diri..
ya allah..
aku sedar kelemahan diri yang telah aku lakukan selama ini..
tapi kenapa aku gagal menjauhinya..
ya allah..
biarpun sejuta manusia yang menawarkan diri untuk menolongku..
atau seumur hidup aku mengadu pada manusia..
tiada yang akan dapat membantuku sehebat kuasa Mu..
aku tidak mengerti akan diriku...
tenggelam punca dalam kesebukan dunia..
sukarnya untuk ku lari dari kenyataan ini..

ya allah..
aku sudah tenggelam punca
aku hilang arh tuju
namun aku tetap mencari cahaya itu..
cahaya yang kau janjikan buat hamba-hambaMu yang beriman..
namun ku dambakan lebih dari itu..
aku mahu menjadi seorang yang bertaqwa di sisi MU..
aku mahu menjadi seorang yang istimewa di sisi Mu..
meskipun aku tahu hakikat kehambaan ini..
aku tidak akan berputus asa untuk mendapat cinta Mu..
kerana aku tahu sesungguhnya Engkau Maha Penyayang..
dan setiap ibadahku pasti bermula dengan kalimah Mu..
wahai Rabb yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
aku dahagakan cinta MU
ya allah..

aku sanggup merempuh segalanya demi Engkau..
tuhan yang Maha Esa
Engkau bukan permata
bukan jua mutiara
tetapi Engkau yang Maha Pemilik segala
Engkaulah yang memegang hati-hati ini..
hati yang menangis di kala malam berlabuh..
hati yang meronta kerana terlalu merinduiMu
hati yang tak sanggup berjauhan dgn Mu walau sedetik
hati yang terasa kesorangan apabila keramaian..
hati ini baru mengerti maksud mahabbah kepada MU
hati ini mahu setiap denyut nadinya hanyalah untukMu
setiap titis darah yang mengalir dlm pembuluhku
sentiasa menyebut nama Mu..
berusaha untuk tidak mengingkari nikmat agung kurniaanMu..

ya allah..
aku mengharapkan cinta semulia Nabi Muhammad
kasih yang tidah berbelah bagi al-khalil ibrahim..
sifat pengasihani Siti Khadijah
rindu sesetia Rabiatul Adawiyah..
sabar secekal Fatimah
yakin sesuci Asiah..
iman seteguh Sumayyah..
jiwa sekental Bilal bin Rabah

ya allah..
aku benar-benar telah jatuh cinta
aku cintakan Mu
ya allah..
janganlah Engkau padam api kecintaan ku terhadap Mu
ya allah..
malah ku pohon agar Engkau semarakkannya
dengan kasih Mu dan nurMu..
aku memerlukan Mu pada setiap detik hidup ku..
aku sentiasa berkehendak kepada cinta Mu..
rahmat Mu dan juga petunjuk Mu..
ameen ya allah..
ameen ya rahman..
ameen ya rahim..
ameen ya rabbal`alamin..

inni uhibbuka ya allah,ya habibi..

wanita solehah



MUSLIMAH SEJATI
Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti. Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan perkataan yang mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuanNya. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman. Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh, namun kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani. Ketaatannya menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun di pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi yang akan datang. Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu, wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan impiannya. Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.

WANITA YANG DIKASIHI
Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang. Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah.

WANITA SOLEHAH
Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan. Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi. Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang, isteri solehah, dan ibu yang penyayang, insya Allah..

redho...

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Qalam Jihad

OH JIWAKU MARILAH MERASAI DEKAT DENGAN ISLAM
DEKAT JUA DENGAN ALLAH TA'ALA...

Ketahuilah jiwaku, natijah yang nampak seolah-olah islami, tetapi sebenarnya terputus hubungan dengan Allah,
ditolak oleh Allah dan perlaku-perlakunya diseksa pula oleh Allah.. satu hadis RASULULLAH SAW yang diriwayatkan oleh Abu hurairah r.a wajar kita renungkan.

perkara pertama yang akan di putuskan di hari kiamat ialah seorang mati syahid. maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa nikmat allah kepadanya.setalah diakui banyaknya nikmat allah, maka di tanya: apakah perbuatan mu terhadapa nikmat itu?? jawabnya: saya telah berjuang untuk mu sehinggalah mati syahid. jawab Allah: Dusta engkau,tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagap pahlawan dan dirimu telah pun terkenal dengan sedemikian. Kemudian, diperintahkan supaya di seret ke api neraka.

Begitu juga nasib seorang pelajar yang telah pandai serta mengajar al-Quran. Allah yang Maha Mengetahui tidak menerima semua amalanya dan mengatakan bahawa amalnya itu bertujuan untuk terkenal sbagai Qori. Kemudian diseret mukanya ke dalam Neraka...

Seorang hartawan yang suka menderma ketika hidupnya juga dicampak ke dalam api neraka. Ini kerana amalannya terputus hubungan dengan allah dan bertujuan untuk di kenali sebagai dermawan...

Duhai sahabatku,
tidakkah hadis ini cukup menggerunkanmu?? sedangkan seorang yang mati syahid. qori dan dermawan pun dicampakkan ke neraka, Inikan pula aku? sudhlah sikit amalku, bercampur baur pulak dengan karat Mazmumah. Biarpun diriku dekat dengan islam, tetapi bersihkan engakau duhai hatiku??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...