16 March, 2011

Di mana Dia Di Hatiku...

Assalamualaikum warhmatullahi wabarakatuh...

Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.

Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, "Jangan takut, ALLAH bersama kita."

Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya.

Ketika di ambang maut?

Sewaktu Da'thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, "Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?"

Jawab Rasulullah penuh yakin, "ALLAH."

Mendengar jawapan itu, gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah... sentiasa ada DIA di hati baginda.

Ketika tiada siapa mengetahui?

Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"

"Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."

"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya," desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.

"Kalau begitu, di mana ALLAH?" ujar budak itu.

Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisiALLAH. Jelas ada DIA di hatinya.

Ketika kamu tiada jawatan?

Satu ketika yang lain, Saidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Saidina Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.

Ketika ditanya mengapa, Saidina Khalid menjawab, "Aku berjuang bukan kerana Umar." Ya, Saidina Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya.

Lalu, di mana Dia dihati kita?

Melihat anekdot-anekdot itu, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, di manakah DIA dalam hatiku?

Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk hatiku yang rawan?

ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku!

Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu);

"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku?

Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA?

Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA?

Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam-MU?

Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH.

Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri

Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, "Apakah engkau takutkan ALLAH?"

Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak..."

Maksudnya, jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini.

Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"

Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."

Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.

Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.

Dan kita akan terus mengemis kasih...

di petik dari iluv islam...

14 March, 2011

merinduimu...

Assalamualaykum warahmatullhi wabarakatuhu....
saat ketika saya menapakkan kaki saya melangkah keluar dari kereta "grnd livina umi saya"tetibe corng telinga saya terdengar qasidah "'Allah Allah, di balai raya jendem hilir..hati saya memberontak kerinduan terhadap insan Mulia : Sheikh Habib Umar Al-hafiz Salim Hadramaut tareem,.
saya hayati dengan penuh kesyahduan.. walaupun insan mulia baru je membuat liputan tafsiyah beliau pada bulan satu.. hatiku masih lagi memerlukan butir2 muntiara yg keluar darimulut beliau..
akan saya menunggu saat itu lagi..


a


12 March, 2011

.:Mati Syaheed:.





Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid
Atau menang...

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid
Atau menang...

10 March, 2011

Menjaga Kemuliaan Rasulullah

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih untukku beberapa sahabat serta Ia jadikan di antara mereka menteri-menteriku, mertua-mertua dan menantu-menantuku, juga penolong-penolongku; oleh sebab itu sesiapa yang memburuk-buruk dan mencaci mereka, maka tertimpalah diatasnya laknat Allah dan Malaikat serta manusia seluruhnya; Allah tidak akan menerima daripadanya sebarang ibadat dan juga sebarang tebusan."

'Uwaimi bin Sa'idah

Huraian

Pengajaran hadith:

i) Sahabat-sahabat Rasulullah adalah orang-orang yang hidup sezaman dengan baginda.

ii) Mereka merupakan pembantu-pembantu baginda yang berkerjasama dengan sepenuh hati dalam menyampaikan ajaran Islam serta mengembangkannya. Oleh itu mereka adalan orang yang layak mendapat kemuliaan dan penghormatan daripada seluruhumat Islam.

iii) Sesiapa yang mencaci salah seorang daripada para sahabat Rasulullah s.a.w bererti ia telah mengengkari serta mendustakan kelebihan sahabat baginda yang telah perakui oleh baginda sendiri dan dengan itu bermakna dia juga telah memutuskan hubungannya dengan baginda.

iv) Cacian terhadap sahabat Rasulullah s.a.w adalah meliputi apa jua perkataan yang menyentuh sifat peribadi, aliran faham mazhabnya dan fahaman siasahnya kerana antara seorang sahabat dengan seorang sahabat baginda yang lain, mereka berlainan pendirian tetapi mempunyai alasan yang kukuh (penuh tanggungjawab dan pertimbangan akal yang sihat) untuk berbuat demikian.

v) Sesiapa yang didapati mencaci atau melaknat sahabat-sahabat baginda ia akan ditimpa laknat daripada Allah dan malaikat-Nya.

06 March, 2011

kisah segelas susu yang penuh pengajaran..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh waridwanuhu....

Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah ruma

h kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.

Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.

Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.

“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”

Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “

Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.

Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.

Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.

Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak buka

n, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”

Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.

Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.

Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian d

emi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.

Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan it

u berbunyi…

“Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.”



di ambil dari facebook mati syaheed..^^

~wa'allahua'lam..~

26 February, 2011

SAYYIDAH NAFISAH R.A

Sayyidah Nafisah dilahirkan pada tahun 145
Hijrah. Beliau merupakan anak kepada Sayyidina Hassan
bin Ali bin Abi Talib, iaitu cicit kepada Nabi
s.a.w. Sayyidah Nafisah dinikahkan dengan Mu'tamin bin
Ja'far As Siddiq yang juga merupakan keturunan Rasulallah
s.a.w. Setelah berkahwin dengan suaminya, beliau telah mengikuti suaminya ke Mesir.

Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat
kuat beribadah kepada Allah. Siang hari dia berpuasa
sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud
menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al
Quran. Dia sungguh zuhud dengan kehidupannya.

Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan
dunia yang menipu daya. Jiwanya rindu dengan syurga
Allah dan sangat takut dengan neraka Allah.
Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat taatkan
suaminya. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan
melayan suaminya dengan sebaik-baiknya.

Terlalu banyak kisah mengenai kehebatan
Sayyidah Nafisah, yang merupakan seorang wali wanita
yang dapat menjadi contoh kepada wanita di akhir
zaman ini. Diantaranya, semasa di Mesir, jirannya
adalah seorang yahudi. Anak perempan mereka lumpuh.
Suatu hari siibu hendak pergi ke satu tempat,
sedangkan suaminya tiada di rumah. Lalu siibu
mencadangkan agar anaknya itu tinggal sementara waktu
di rumah Sayyidah Nafisah. Sianak bersetuju, lalu
dihantar ke rumah Sayyidah Nafisah yang
sememangnya sangat menghormati tetamu. Anak wanita
yahudi itu diletakkan di satu sudut di rumah
Sayyidah Nafisah, dan ketika itu azan pun berkumandang
menandakan masuk waktu sembahyang.

Sayyidah Nafisah yang menunggu waktu solat
meminta kebenaran tetamunya untuk segera bersolat.
Sayyidah Nafisah lalu dihadapan anak wanita Yahudi
yang lumpuh itu untuk mengambil wudhuknya.
Setelah selesai, beliau lalu lagi dihadapan anak
wanita yahudi tersebut dan air wudhu Sayyidah Nafisah
jatuh dihadapannya. Lalu datanglah ilham kepada anak
yahudi yang lumpuh itu untuk menyapu air wudhu
Sayyidah Nafisah yang jatuh itu ke kakinya. Dengan
izin Allah, kakinya yang lumpuh itu bergerak-gerak
dan terasa boleh berjalan, sedangkan Sayyidah
Nafisah tetap khusyuk mengerjakan solat.

Kemudian, terdengarlah pula ibunya telah balik
dan mengetuk pintu, sedangkan di waktu itu
Sayyidah Nafisah masih lagi mengerjakan solat. Anak
perempuan Yahudi itu memberanikan diri dengan
berdiri dan ternyata dia mampu berdiri setelah
menyapukan air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh di
hadapannya. Dia membuka pintu dan memeluk ibunya.
Ibunya sangat terkejut, dan bertanya apa yang
telah terjadi, anak wanita Yahudi yang lumpuh itu
menceritakan segala-galanya. Air wudhuk Sayyidah
Nafisah yang jatuh dihadapannya itu telah menjadi penawar
untuk menyembuhkan sakit lumpuh yang telah
dialaminya sekian lama. Menangislah si ibu
mendengarkan hal yang sangat ajaib itu. Lalu dia
mendapatkan Sayyidah Nafisah, dan memeluknya seraya berkata:

"Aku mengaku bahawa engkau adalah cucu
Rasulullah
dan datukmu itu adalah Rasul Allah dan Allah adalah
Tuhan sekalian alam." Islamlah perempuan Yahudi
tersebbut.

Wanita Yahudi dan anaknya yang telah Islam itu
kembali ke rumahnya dan bertemu pula dengan suaminya
yang bernama Ayub. Dan dia sangat terkejut
melihatkan anaknya telah boleh berjalan. Mendengarkan penjelasan dari isteri dan anaknya, Ayub menadah tangannya lalu berkata:

" Maha suci engkau ya Allah ! Engkau
sesatkan orang yang engkau kehendaki dan engkau beri p
etunjuk kepada sesiapa yang engkau kehendaki. Demi
Allah, benarlah agamamu ini."

Sejak itu Ayub dan keluarganya Islam, maka
kemudian ramailah orang-orang Yahudi yang menjadi
kenalan Ayub pula Islam, setelah mendengar kisah
Ayub dan keluarganya.

Demikianlah salah satu dari kisah yang sangat
menyentuh perasaan bagaimana dengan air
wudhunya sahaja Sayyidah nafisah telah mengislamkan
berapa ramai orang. Hal yang demikian adalah
dengan kehendak Allah jua. Sayyidah adalah seorang
yang terkenal zuhud dan mengasihi manusia yang
lain.

Pernah satu ketika, beliau menerima wang sebanyak
1000 dirham dari raja untuk keperluan dirinya..
Beliau telah membahagikan wang tersebut kepada fakir
miskin sebelum sempat memasuki rumahnya.
Wang hadiah dari raja itu sedikit pun tidak
diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya
disedekahkan kepada fakir dan miskin. Demikianlah dermawannya
sayyidah Nafisah terhadap fakir miskin.

Sayyidah Nafisah menghembuskan nafasnya yang
terakhir pada tahun 208 hijrah sewaktu sedang
membaca Al Quran dan sedang berpuasa. Beliau telah
dikuburkan di dalam kubur yang telah dibinanya
sendiri di dalam rumahnya. Kubur yang dibinanya itu
adalah untuk beliau sentiasa mengingatkan akan
kematian. Sewaktu disembahyangkan sangat ramai orang
yang menghadirinya. Sehingga kini maqamnya
diziarahi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk
dunia. Demikian kehebatan yang Alah anugerahkan
kepada Sayyidah Nafisah Al Hassan yang terkenal
dengan kewarakan kepada Allah dan ketaatannya
kepada suami. Semoga ianya menjadi contoh buat genarasi
wanita akhir zaman ini.

Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang
menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah
akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih
Muslim)

Moga Ada Manfaat. Siapa kata kita tidak hebat? Masih ada lagi wanita zaman sekarang seperti perjuangan orang-orang terdahulu. ..

BUATMU TEMAN..^_~





Sepi..jiwaku sepi..
Kerana kau tiada di sisi..
Sunyi..hatiku sunyi..
Tanpa kehadiran mu kasih
Doaku semoga dirimu bahagia..
Aku yang kini jauh
Damba keampunan mu
Khilaf antara kita kan terlerai akhirnya
Bersama kasih kita dan cinta
Moga berbahagia meniti harimu yang indah
Setia ku nanti tiba saat nya kita kan bersua
Doaku semoga dirimu sejahtera
Jauh kita terpisah batasi jarak dan masa
Dirimu tak pernah ku lupa
Terus ku nanti setia
Saat indah kita bersama
Aku yang kini jauh
Damba keampunan mu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...