06 November, 2010

Pasar raya tak hirau fatwa

JURUWANG wanita melayan pelanggan di sebuah pasar raya di Jeddah.


JEDDAH: Juruwang wanita di beberapa pasar raya di bandaraya ini tetap bekerja seperti biasa, selepas majikan mereka tidak mempedulikan fatwa badan tertinggi agama Arab Saudi yang melarang wanita menjadi juruwang.

Rangkaian pasar raya Marhaba, tetap mengekalkan juruwang wanitanya walaupun selepas Mufti besar Sheikh al-Sheikh dan enam ulama kanan Arab Saudi menandatangani fatwa itu yang disifatkan bertentangan dengan dasar kerajaan mewujudkan pekerjaan bagi wanita.
Seorang pegawai di Marhaba berkata, wanita akan terus dibenarkan bekerja sehingga pihaknya menerima arahan dari Kementerian Buruh untuk memberhentikan mereka. Syarikat itu diberi kebenaran mengambil juruwang wanita tiga bulan lalu.
“Kami akan terus benar wanita bekerja. Kami tidak menerima surat arahan rasmi dari kementerian bagi memberhentikan mereka. Kami mempunyai 25 kakitangan wanita di seluruh cawangan,” katanya yang tidak mendedahkan nama. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Panda, sebuah lagi rangkaian pasar raya yang merintis pengambilan juruwang wanita akan memberhentikan mereka. Ahad lalu, badan rasmi fatwa di bawah Majlis Ulama Kanan Arab Saudi memutuskan bahawa wanita tidak dibenarkan bekerja sebagai juruwang kerana ia akan menyebabkan mereka bergaul dengan lelaki bukan muhrim. Arab Saudi menguatkuasakan peraturan ketat yang menghalang pergaulan antara lelaki dan wanita di tempat awam, mengasingkan tempat lelaki dan wanita bukan muhrim dan hanya membenarkan mereka membuat perjalanan dengan izin muhrim lelaki. “Wanita tidak dibenarkan bekerja di tempat di mana mereka terpaksa bergaul dengan lelaki bukan muhrim. Wanita perlu menjauhi tempat lelaki berkumpul. Mereka perlu mencari pekerjaan yang baik dan terhindar daripada godaan lelaki,” kata fatwa itu. – AFP

Sekadar Umur Yang Terbatas....




1. Panjang umur banyak taat dan kebajikan adalah ahli Isti'adah (org yg bahagia)

2. Panjang umur banyak kufur dan maksiat adalah ahli Istiqawah (org yg celaka)

3. Dunia mengikut pandangan Allah Taala:-
# kesedapan yg sangat sedikit
# sekadar permainan yg sia-sia
# dan akhirat itu lebih baik bagi kamu


4. Dunia mengikut pandangan Nabi Muhammad saw..:-
~dunia adalah ibarat seorang perempuan yang hodoh dan sudah bongkok tiga

العالم هو مثل السجن للذين آمنوا
ertinya: Dunia adalah ibarat penjara bagi orang-orang beriman.


# Dunia adalah sebanyak air yang melekat di hujung jari.
# Dunia adalah bagi syurga orang-orang kafir.
# Dunia adalah huma bagi menanam tanaman di akhirat.

5. Dunia mengikut pandangan sahabat Nabi s.a.w
# Dunia adalah ibarat bangkai yang busuk..


6. Dunia mengikut pandangan ahli hikmat:-
# Dunia adalah ibarat pantulan cahaya air di jalan raya.
# Dunia adalah ibarat laut yang dalam. Ramai yang tergenggelam dalam kekufuran dan kemungakaran dan kelalaian.


7. Dunia mengikut pandangan ahli sufi:-
# Dunia yang haram adalah ibarat racun yg membunuh.
# Dunia yang haram adalah api yg membakar.
# Dunia yang halal yang berlebih-lebih adalah tahu,darah,nanah dan muntah..

~kita ini berada di perjalan yang sangat jauh maka tingkatkan ketawaan ,keimanan,kerendahan hati pada Rabbul Alamin....~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...