14 November, 2009

WANITA DAN DUNIA!

Diseluruh pelosok negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dan pelbagai bentuk pula. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi semakin menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara islam yang mampu mengelak.
Sebagai comtoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga diri dengan menutup aurat, sekarang Masyaallah! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan peha, punggung dan dada. Kita gagal dan sama sekali gagal. Tahukah apa sebabnya? Sebabnya ialah hari ini kita belim menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya.

Wahai temanku,
Pintu pemulihan ada di hadapanmu.. Kunci pintu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
Benar wahai sahabatku, kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, tanpa kerelaanmu dan kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu untuknya.
Engkau berkata kepada pencuri "silakan masuk". Setelah engkau kecurian barulah engkau sedar.. ketika itu barulah engkau berteriak :" tolong..tolong....aku kecurian:. Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari sebagaimana larinya kambing daripada serigala. Sekiranya engkau sedar lelaki itu pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa berwaspada.
Jika yang dikehendaki oleh serugala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diingini lelaki oleh lelaki lebih sekadar itu. Lelaki inginkan lebih sekadar kambing.... dan bagimu lebih buruk dari kematian kambing. Lelaki inginkan yang paling berharga darimu..iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan dari kematian seekor kambing.

Wahai karibku... Demi Allah apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang di hadapannya tanpa pakaian. Demi Allah, jangan percaya kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adabmu, berbicara dengan seperti kawan dan mencintaimu sepenuh hati... Bohong..bohong... Demi Allah dia bohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri. tidak ada pemuda melontarkan senyuman kepadamu, berbicara denganmu, memberi bantuan kepadamu kecuali ada maksud tertentu...setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal ..
Apakah kesudahannya? Renungkanlah

10 November, 2009

Sujud Cinta Seorang Hamba



Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu

Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha
Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu
Yang Maha Mengasihani

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari

Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu

Iman itu Indah..

Aku wanita punya hati
yang seringkali merasa,
punya akal yang seringkali berfikir
tentang kekuasaan ALLAH,
tentang kewujudan malam dan siang
juga tentang kehidupan dan kematian
yang akan bertandang buat setiap insan.

Selepas menunaikan solat asar
aku membasahkan bibir
dengan kalimah-kalimah yang indah
datangnya dari ALLAH.
Aku alunkan dengan penuh syahdu…
“subhanallah walhamdulillah walailahaillallah allahuakbar”

Tiba-tiba air jernih menitis laju
tanpa aku sedari,
buat kali pertama aku merasakan
hatiku sungguh pilu dan sebak.

Tiada tempat hendak meminta,
merayu melainkan kepadanya
lantas seperti adanya belaian lembut
yang menenangkan diriku,
kewujudannya amat terasa,
ya ALLAH nur mu aku dambakan
agar terus mekar di hati ini.

Hebatnya kuasa ALLAH
mengalahkan kehebatan cinta manusia,
dulu aku sering leka dengan mainan duniawi,
sekarang dengan adanya engkau disisi,
aku menjadi semakin berhati-hati.

Dulu aku berteman dengan manusia
dan melupakanmu seketika,
namun apa yang aku dapat
dengan berbuat begitu?
Hanya dosa.. dosa mencariku,
aku merelakannya datang.

Dulu gossip hangat menjadi bualan,
kekurangan manusia menjadi bahan permainan,
kesilapan manusia menjadi ukuran.

Kini semua itu akan berlalu,
tinggalkan lah aku jauh wahai dosa,
datang lah menjemputku wahai pahala.
Aku menanti dengan hati yang suci dan terbuka.

Semakin aku mengerti akan kehidupan ini,
semakin banyak rintangan yang datang silih berganti.
Andai aku turuti kata hati
sudah lama aku hanyut dalam arus hidup ini.

Denganmu aku semakin kuat mengharunginya,
dengan mu aku semakin tabah
dan redha menerima segalanya,
dengan mu juga aku semakin matang
dalam menilai kamus hidup manusia.

Ya ALLAH hambamu ini memerlukanmu
sentiasalah mendampingiku
agar aku tidak lalai
dan taksub dengan mainan duniawi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...