26 October, 2010

Sahabat Yang Sangat Baik..^_^




Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuhu wamaghfirotuhu Waridhwanuhu..

Ayyuhal Sohibatuhum....

Alhamdulillah a'lamin Hamdan Kathiran a'la ni'matihi a'lainaa..

segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,sebanyak-banyak pujian keatas nikmat yg di kurniakan ke atasnya..alhamulillah..

teringat kata-kata sahabat ana yan jauh nun di sana sedang memperjuangkan agama Allah..MOga Allah mempermudahkan bagimu urusannya...di sini dapat ana post sikit, agar ingatan yg selalu singgah padanya luput di sini, agar diri ini,hanya merindu kasih dan cinta pada sang pencipta ... dan perjuangan ana untuk meraih redhonya masih belum di kecapi lagi..hingga terus mengembara di kembara ini yang penuh ranjaunya untuk menjadi muslimah yg memperjuangkan sunnah di akhir zaman ini... insya'allah

Pesan sahabatku pada ana uploakan 15 ciri wanita syurga dalam diri...insya'allah..^_^

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.


4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.


11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

*Insya'allah moga ini semua dalam ketaatan ana dan perintahnya utk menjadi yg terbaik di sisinya.amin ya Rabb..

* buat teman-teman elokla kita jadikan ciri2 ini dlm landasan hidup kita spy kehidupan ini mejadi lebih sempurna apabila kita meyakini ada kuasa di atas kuasa,,


supaya kita diselamatlan daripada kesesatan dunia amin ya Rabbal alamin...:)

jumpa lagi di warakah yang mendatang

maasalamah...^__^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...