18 July, 2010

Ilmu,Da'wah Dan Tarbiyyah...

Kejayaan dakwah ini (segala puji bagi Allah atas berbagai kurniaNya bagi dakwah ini) dalam bina’ ar-rijal (pencetakan kader), adalah ketika para muasis (pendiri) dan masyayikh (guru) dakwah ini, [semoga Allah terus meluaskan ilmu mereka dan menjadikan sebagai sedekah jariah] mentarbiyah para kader dakwah (nukhbah ad-dakwah) dengan penjelasan yang nyata (al-bayan al-mubin)dan dengan penyampaian yang jelas (al-balagh al-mubin). Hasilnya dengan izin Allah adalah kader-kader dakwah yang memiliki al-fahm asy-syamil (pemahaman yang utuh) dan al-iltizam al-kamil (komitmen yang teguh). Kemudian ketika dakwah ini melahirkan lapisan-lapisan generasinya- dan juga lapisan-lapisan murobbinya biggrin.gif . Maka perwarisan generasi tarbiyah dan amal tarbiyah menjadi satu kemestian. Dan pada zaman ini banyak buku-buku tentang ilmu, dan buku-buku itulah adalah salah satu bentuk sarana perwarisan itu.

Ikhwah dan akhwat sekalian, Banyak diantara buku-buku ini bernilai tathwir (pengembangan). Di awal tahun 80-an, ketika buku-buku berbahasa Arab yang ditulis oleh para ulama’ harakah islamiyah (pergerakan Islam) masuk secara deras ke negeri ini, dengan cepat dan meluas pula buku-buku ini menjadi referensi atau rujukan bagi pelbagai aktiviti dakwah. Masyarakat muslim Malaysia dan Indonesia yang umumnya tidak akrab dengan bahasa Arab dan budaya membaca buku-buku teks yang relatif masih rendah, menginspirasikan para muassis dan masyayikh dakwah ini untuk menyusun semacam khulasah (ringkasan) dan kajian analisis dari buku-buku berbahasa Arab dalam format skematik sebagai bahan penyampai materi di berbagai ‘halaqah tarbawiyah’. Inilah yang kemudian popular disebut ‘rasmul bayan’.

Di tangan para masyayikh yang luas dan dalam ‘ulum syar’inya, rasmul bayan menjadi sesuatu yang hidup, dinamis, mengarahkan dan sekaligus menghujam. Dengan cepat dan mudah pula, mereka mentransfer rasmul bayan itu dalam proses tarbiyah identik dengan panah-memanah dari rasmul bayan itu.

Persoalan baru muncul ketika rasmul bayan itu sampai di tangan para murabbi yang tidak berlatar belakang pendidikan ilmu syariat (‘ulum syar’iyah). Mulai dari ketidak mampuan menghuraikan penjelasan hingga bingung malah pening makna panah yang satu kepada panah yang lain. Dan secara kumulatif, persoalan-persoalan ini kesan pada kualiti kader dakwah yang dihasilkan, baik dari sisi al-fahm (pemahaman) mahupun dari sisi al-iltizam (komitmen).

Catatan akhir ana, ilmu itu disampaikan dari lisan mahupun pembacaan yang disusun oleh mereka yang dilahirkan dan dibesarkan dalam rahim tarbiyah, mereka yang bergerak dalam debu dan keletihan dakwah yang menyejukkan, mereka yang setia untuk menjaga dan mewarisi kebaikan dakwah ini. Sehingga nuansa ataupun ruh tarbawi, da’wi dan harakinya menjadi sangat kuat dalam penulisan tema-tema rasmul bayan tersebut. Dan itulah diantara buku-buku yang ditulis para ulama’ pergerakan Islam

Cuba kita semua renungkan, sejauh manakah penguasaan kita terhadap ilmu itu?? Sila bagi komen dan pendapat yang membina supaya kita bisa mengawal piawai kader yang dicetak insyaAllah.

Monolog Sebuah Perjuangan


Kehidupan adalah satu perjuangan. Berakhirnya sebuah perjuangan adalah datangnya kematian. Ruang lingkup perjuangan memang luas. Seluas warna-warni kehidupan. Puncak tertinggi dari perjuangan adalah jihad. Sedang jihad itu sendiri adalah puncak bagi kerja-kerja Islam.

Berkata Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya : “ Andai matahari kau letakkan di tangan kananku, bulan pula ditangan kiriku, bagiku untuk melepaskan beban yang kubawa ini, sekali-kali tidak”. Perjuangan dari seorang rijal murabbi, tidak melepaskan apa yang dibawa hanya kerana kemewahan dunia yang terlalu sedikit. Dengan keyakinan sepenuhnya kepada Sang Pencipta, menyerahkan segala urusan hanya kepada Allah.

“Dan barangsiapa yang bersungguh-sungguh berjihad di jalan Kami, pasti Kami akan tunjukkan jalan Kami.” (Al-Ankabut :69)

Memulakan sebuah perjuangan itu memang berat. Menjalaninya lebih berat. Tetapi menjaga kesinambungan sebuah perjuangan itu jauh lebih berat. Padahal, perjuangan itu tidak dinilai diawalnya, tapi diakhirnya.

Melantik jiwa dan diri ini sebagai sang pejuang memang mudah. Tetapi, dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pejuang, semestinya ada ujiannya, kerana tapisan demi tapisan dilakukan sendiri oleh Yang Maha Kuasa, bagi-Nya memilih mereka yang benar-benar ikhlas berjuang dijalannya. Terkadang timbul perasaan lemah, letih, tidak bersemangat dan sebagainya.

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar.” (As-Shaff:10-12)

Kunci kepada sebuah perjuangan adalah niat yang ikhlas kerana Allah SWT, syaratnya pula adalah bersungguh-sungguh dalam berjuang serta tidak berputus asa dan akhirnya adalah menjaga kesinambungan serta penerusannya.

Wahai diri,
Kini, yang tinggal adalah bergantung pada dirimu, teruslah berbekal dan teruskanlah perjuangan. Tanpa rasa bosan untuk memohon kepada Allah agar membeli sedikit persembahanmu.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang dijalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat, yang ruku’ yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mu’min itu”. (At- Taubah 111-112)


[Bersyukurlah, andai hingga ke hari ini kita masih lagi dipilih sebagai salah seorang dari pejuang-pejuang dan penolong-penolong agama Allah, tapi adakah kita pasti esok lusa, kita masih berada disini?. Allahua’lam...moga ditetapkan hati ini dijalan-Mu ya Rabb....Amin.]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...