30 October, 2010

3 MalauN.. TAK rEtI sOlAT....




Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yg suka melepak. Sorang tu nama dia Ali, seorang tu nama Budin dan seorang lagi nama Ciko. Aktiviti seharian mereka ni
menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah meraka ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu pergi surau waktu Maghrib kejap lagi.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpe, nnt kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka bila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu kat surau.

Tok imam pun menyuruh Ali azan. Tanpa berlengah terus saja Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada
Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali. (sengal betul ali ni)

Selepas iqamah, waktu nak solat tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi..

Masuk saja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam ye."

Tok imam pun undur la kebelakang.

Budin pun angkat la takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok saya! Sekali je takbir tokkkk!!" (lagi sekor sengal)

Lalu terbatallah solat Budin. Yang lain pun ikut berenti sambil gelak terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai la habis solat.

Siap dengan wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko ni...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji la si Ciko ni... Tapi dengan bongkaknya si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dasat saya semayang tau. He heee..."

Tok imam pun terkedu..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...