02 December, 2009

Beratnya Dugaan, La Tahzan.......


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


“... Jangan kamu bersedih kerana sesungguhnya Allah bersama kita...”
(Surah At-Taubah 9, Ayat 40).

Sedikit luahan rasa yang terbuku di dalam hati ana sejak dua menjak ni. Hemmm, hidup ni memang terlalu banyak dugaan dan memerlukan banyak pengorbanan. Ana selalu mengingatkan diri ana untuk sentiasa sabar menghadapi apa jua dugaan yang mendatang dan ikhlaskannya kerana Allah, ana berpegang teguh pada janji Allah s.w.t bahawa Dia tidak akan memberi ujian kepada hambaNya sekiranya hambaNya tak mampu untuk menghadapinya. Maksudnya, setiap ujian yang datang itu pasti mampu aku hadapi, cuma bagaimana caranya saja.. Sebab tu lah, apa sahaja dugaan yang datang pasti ada hikmah disebaliknya dan ana kena sabar menghadapinya. Seringkali ana nasihatkan sahabat ana tentang perkara seumpama ni namun terkadang ana sendiri yang hampir mengalah dan berputus asa dengan pelbagai ujian yang mendatang. Tapi... apabila ana bermuhasabah, ana menjadi semakin yakin dan ana redha dengan segala ujian yang datang. InsyaAllah... Segala-galanya ada sebabnya yang tersendiri yang ana sendiri tak tahu apa sebabnya, hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya. Apa yang mampu ana lakukan adalah sentiasa berdoa, berusaha, selebihnya menyerahkan segala-galanya kepadaNya yakni bertawakal kepadaNya.

Jika ditimpa pelbagai ujian dan dugaan, aku lebih senang memendamkannya di dalam hati dan mengadu kepada Sang Pencipta. Tetapi kadang-kadang ada masanya, ana juga akan berkongsi rasa bersama keluarga atau sahabat baik ana, namun ianya hanyalah antara 20%-40% daripada apa yang aku rasa dan terlalu jarang aku lakukannya kerana sebenarnya aku adalah seorang yang amat perahsia dan tidak ingin menyusahkan sesiapa atas apa yang menimpa ana, hanya kepada Ilahi ana yakin untuk meluahkan 100% apa yang ana rasa. Berat rasanya ujian yang datang kali ini, lebih-lebih lagi ia berlaku pada musim peperiksaan ni. Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menempuhinya dan teguhkanlah hatiku untuk melawannya, semoga aku akan berpegang teguh kepada prinsipku dan mengikut syariatMu.. Jauhkanlah aku daripada perkara-perkara yang tidak elok, sesungguhnya aku berlindung sepenuhnya hanya kepadaMu. Aku tahu Engkau sentiasa bersamaku, tabahkanlah aku Ya Rahman Ya Rahim, hanya kepadaMu aku sembah dan hanya kepadaMu aku memohon pertolongan, sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah yang tak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa adik beradikku, dosa keluargaku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku, dan dosa seluruh umat Islam yang lain..


Sedikit semangat untuk diri ana sendiri dan juga sesiapa yang sedang menghadapi dugaan atau cabaran, semuanya berdasarkan Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah panduan kita yang terbaik, segala-galanya ada di dalam Al-Quran, betapa indahnya Al-Quran itu. Semuanya terletak pada diri kita sendiri untuk mendalaminya.


KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?
AL-QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut, Ayat 2-3)

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
AL-QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia

amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 216)

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
AL-QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 286)

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?
AL-QURAN MENJAWAB
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran, Ayat 139)

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA LAGI: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah, Ayat 45)

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
AL-QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… “
(Surah At-Taubah, Ayat 111)


KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
AL-QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah, Ayat 129)

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
AL-QURAN MENJAWAB
"… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf, Ayat 87)

Wallahu’alam..

3 comments:

UMILIYA said...

assalamualaikum...salam ukhwah dr kami satu family

syahidah nafisah said...

wa'alaikUMSALAM...

syuqran liana, singgah ana myer blog...
ahlan wasahlan..

Norrid_Riddy said...

Salam ziarah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...