26 February, 2011

SAYYIDAH NAFISAH R.A

Sayyidah Nafisah dilahirkan pada tahun 145
Hijrah. Beliau merupakan anak kepada Sayyidina Hassan
bin Ali bin Abi Talib, iaitu cicit kepada Nabi
s.a.w. Sayyidah Nafisah dinikahkan dengan Mu'tamin bin
Ja'far As Siddiq yang juga merupakan keturunan Rasulallah
s.a.w. Setelah berkahwin dengan suaminya, beliau telah mengikuti suaminya ke Mesir.

Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat
kuat beribadah kepada Allah. Siang hari dia berpuasa
sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud
menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al
Quran. Dia sungguh zuhud dengan kehidupannya.

Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan
dunia yang menipu daya. Jiwanya rindu dengan syurga
Allah dan sangat takut dengan neraka Allah.
Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat taatkan
suaminya. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan
melayan suaminya dengan sebaik-baiknya.

Terlalu banyak kisah mengenai kehebatan
Sayyidah Nafisah, yang merupakan seorang wali wanita
yang dapat menjadi contoh kepada wanita di akhir
zaman ini. Diantaranya, semasa di Mesir, jirannya
adalah seorang yahudi. Anak perempan mereka lumpuh.
Suatu hari siibu hendak pergi ke satu tempat,
sedangkan suaminya tiada di rumah. Lalu siibu
mencadangkan agar anaknya itu tinggal sementara waktu
di rumah Sayyidah Nafisah. Sianak bersetuju, lalu
dihantar ke rumah Sayyidah Nafisah yang
sememangnya sangat menghormati tetamu. Anak wanita
yahudi itu diletakkan di satu sudut di rumah
Sayyidah Nafisah, dan ketika itu azan pun berkumandang
menandakan masuk waktu sembahyang.

Sayyidah Nafisah yang menunggu waktu solat
meminta kebenaran tetamunya untuk segera bersolat.
Sayyidah Nafisah lalu dihadapan anak wanita Yahudi
yang lumpuh itu untuk mengambil wudhuknya.
Setelah selesai, beliau lalu lagi dihadapan anak
wanita yahudi tersebut dan air wudhu Sayyidah Nafisah
jatuh dihadapannya. Lalu datanglah ilham kepada anak
yahudi yang lumpuh itu untuk menyapu air wudhu
Sayyidah Nafisah yang jatuh itu ke kakinya. Dengan
izin Allah, kakinya yang lumpuh itu bergerak-gerak
dan terasa boleh berjalan, sedangkan Sayyidah
Nafisah tetap khusyuk mengerjakan solat.

Kemudian, terdengarlah pula ibunya telah balik
dan mengetuk pintu, sedangkan di waktu itu
Sayyidah Nafisah masih lagi mengerjakan solat. Anak
perempuan Yahudi itu memberanikan diri dengan
berdiri dan ternyata dia mampu berdiri setelah
menyapukan air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh di
hadapannya. Dia membuka pintu dan memeluk ibunya.
Ibunya sangat terkejut, dan bertanya apa yang
telah terjadi, anak wanita Yahudi yang lumpuh itu
menceritakan segala-galanya. Air wudhuk Sayyidah
Nafisah yang jatuh dihadapannya itu telah menjadi penawar
untuk menyembuhkan sakit lumpuh yang telah
dialaminya sekian lama. Menangislah si ibu
mendengarkan hal yang sangat ajaib itu. Lalu dia
mendapatkan Sayyidah Nafisah, dan memeluknya seraya berkata:

"Aku mengaku bahawa engkau adalah cucu
Rasulullah
dan datukmu itu adalah Rasul Allah dan Allah adalah
Tuhan sekalian alam." Islamlah perempuan Yahudi
tersebbut.

Wanita Yahudi dan anaknya yang telah Islam itu
kembali ke rumahnya dan bertemu pula dengan suaminya
yang bernama Ayub. Dan dia sangat terkejut
melihatkan anaknya telah boleh berjalan. Mendengarkan penjelasan dari isteri dan anaknya, Ayub menadah tangannya lalu berkata:

" Maha suci engkau ya Allah ! Engkau
sesatkan orang yang engkau kehendaki dan engkau beri p
etunjuk kepada sesiapa yang engkau kehendaki. Demi
Allah, benarlah agamamu ini."

Sejak itu Ayub dan keluarganya Islam, maka
kemudian ramailah orang-orang Yahudi yang menjadi
kenalan Ayub pula Islam, setelah mendengar kisah
Ayub dan keluarganya.

Demikianlah salah satu dari kisah yang sangat
menyentuh perasaan bagaimana dengan air
wudhunya sahaja Sayyidah nafisah telah mengislamkan
berapa ramai orang. Hal yang demikian adalah
dengan kehendak Allah jua. Sayyidah adalah seorang
yang terkenal zuhud dan mengasihi manusia yang
lain.

Pernah satu ketika, beliau menerima wang sebanyak
1000 dirham dari raja untuk keperluan dirinya..
Beliau telah membahagikan wang tersebut kepada fakir
miskin sebelum sempat memasuki rumahnya.
Wang hadiah dari raja itu sedikit pun tidak
diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya
disedekahkan kepada fakir dan miskin. Demikianlah dermawannya
sayyidah Nafisah terhadap fakir miskin.

Sayyidah Nafisah menghembuskan nafasnya yang
terakhir pada tahun 208 hijrah sewaktu sedang
membaca Al Quran dan sedang berpuasa. Beliau telah
dikuburkan di dalam kubur yang telah dibinanya
sendiri di dalam rumahnya. Kubur yang dibinanya itu
adalah untuk beliau sentiasa mengingatkan akan
kematian. Sewaktu disembahyangkan sangat ramai orang
yang menghadirinya. Sehingga kini maqamnya
diziarahi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk
dunia. Demikian kehebatan yang Alah anugerahkan
kepada Sayyidah Nafisah Al Hassan yang terkenal
dengan kewarakan kepada Allah dan ketaatannya
kepada suami. Semoga ianya menjadi contoh buat genarasi
wanita akhir zaman ini.

Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang
menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah
akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih
Muslim)

Moga Ada Manfaat. Siapa kata kita tidak hebat? Masih ada lagi wanita zaman sekarang seperti perjuangan orang-orang terdahulu. ..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...