Di saat kebimbangan hadir
Persimpangan wujud
Kegoncangan emosi timbul
Kegigihan ku mulai memudar
Ketabahan ku menipis
Kepercayaan ku dikhianati
Engkau hadir dalam putih hatiku
Kata-katamu lembut menyentuh nuraniku
Parasmu terlintas dalam sejuk fikiranku
Kagumku padamu mengingatkanku
Bahawa "jangan berhenti di sini nak!"
Jalan masih panjang, perjuangan masih belum dimulai
Tidakkah kau ingin nak untuk mencuba
Menggapai sejuta mimpimu
Selagi kesempatan masih ada
Dan kau pun kuat untuk menghadapinya
"Tidakkah engkau ingin untuk mencuba anakku?"
Itu katamu padaku
Dorongan dan motivasimu
Membuatku boleh bertahan dengan segala yang ada
Doamu membuatku selalu kuat menghadapinya
Usahamu
Membuatku berfikir bahawa aku boleh dan mampu untuk melakukannya
Kata-katamu selalu terngiang di telingaku
Membuatku tegar dan tegas dalam menyikapi kehidupan.
3 comments:
oh ayah.. anakmu dahagakan kasih sayangmu...
kami butuhkan kasih dari mu yang tak terhingga... walau jauh di mata hati kami tetap bersamamu..
wah..blog syahidah berwajah baru..teruskan usaha adikku utk memartabatkan islam..rajin2 belajar ye syahidaah
insya'allah kakak..akan ku cuba...mana yg ku mampu..krna aku ni hamba yg jahil dan sdg belajar utk menjejaki kepuncaknya..doa kan utkku..:)
Post a Comment